Kapten Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva, menegaskan pasukannya sudah melupakan kekalahan yang menakjubkan kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu.
Skuad kendalian Unai Emery itu tersingkir apabila Barca melakar kemenangan 6-1, selepas meraih kemenangan 4-0 pada aksi pertama di Parc des Princes.
Tetapi Silva menyatakan PSG sudah mengetepikan kekalahan itu dan membuat persiapan bagi aksi Kumpulan B berdepan Celtic.
"Kami telah melupakan mengenani Barcelona. Musim baru, ini merupakan saingan UCL yang baru, sesuatu yang berbeza," katanya.
"Kami telah memulakan musim ini dengan baik. Kami menyedari bahawa kejohanan ini sangat istimewa. Setiap pemain teruja untuk beraksi kali ini.
"Kami mahu bermain dengan baik berdepan Celtic dan mengawal rentak perlawanan tersebut."
PSG memperkuatkan lagi skuad mereka sejak kekalahan kepada Barca, dengan membawa masuk Neymar dan Kylian Mbappe, kedua-duanya mempamerkan aksi cemerlang ketika menewaskan Metz 5-1 dalam saingan Ligue 1.
Silva menyifatkan kehadiran pemain berpengalaman sepert Neymar dan Dani Alves yang pernah merangkul gelaran UCL akan memberikan kelebihan untuk PSG musim ini.
"Neymar dan Alves membawa masuk semangat yang positif dan pengalaman beraksi di Eropah.
"Mereka telah memenangi UCL, kehadiran pemain-pemain lain seperti Angel Di Maria, Julian Draxler dan Kevin Trapp akan menjadi sangat penting bagi pasukan untuk musim ini.
"Kami berharap dapat mara jauh dalam saingan kali ini."