Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Siapa bekas bintang Manchester United sertai Cape Verde lawan Harimau Malaya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bebe.jpg
Adakah bekas bintang Manchester United, Bebe, akan bersama pasukan kebangsaan Cape Verde menentang Harimau Malaya?

Skuad negara akan bertemu pasukan di ranking ke-72 dunia itu dalam satu aksi persahabatan di Cheras pada penghujung bulan ini.

Ia dilihat sebagai persiapan terbaik sebelum Hariumau Malaya menentang Vietnam bagi aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun depan.

Menariknya, skuad kebangsaan Cape Verde turut akan diwakili bekas bintang United, Bebe, yang kini memperkuatkan kelab Sepanyol, Ibiza.

Sebagai rekod, Bebe menyertai United di bahawa bimbingan Alex Ferguson ketika berusia 20 tahun pada 2010.

Bagaimanapun, dia hanya dapat melakukan dua penampilan bersama skuad senior sepanjang empat tahun bersama The Red Devils.

 

Advertisement

Must Watch Video