BOLA SEPAK MSIA
Siap sedia semua! -- Ketua jurulatih Harimau Malaya
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, melaungkan azimat semangat buat semua pemain dan barisan kejurulatihan menjelang ujian pertamanya iaitu pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027, yang akan bermula Mac ini.
Tanpa sebarang keraguan, pengendali kelahiran Australia itu menyeru semua pihak menumpukan ke semua fokus terhadap tugasan negara demi mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.
Bekas jurulatih Tokyo itu tekad menggunakan pengalaman luasnya bagi membantu Harimau Malaya mencapai objektif yang ditetapkan sambil menegaskan bahawa dia akan meningkatkan prestasi pasukan negara dengan menampilkan pendekatan berbeza.
Iklan
"Siap sedia kepada semua pemain!
"Kami akan menjadi sangat agresif selain menambah baik setiap persiapan yang dilakukan sebagai satu pasukan.
"Dengan kerja keras dan komitmen tersebut, kami akan mencapai peningkatan dan keputusan yang dimahukan," katanya ketika ditemu bual menerusi Youtube Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Must-Watch Video