Skip to main content

Bola Sepak

Shafiq sedia bersaing dengan pemain import

syafiq.jpg
Bekas penyerang Kelantan, Shafiq Shaharudin, bersedia bersaing dengan awang import untuk merebut tempat kesebelasan utama skuad PKNS musim ini meskipun menyedari ia bukan tugasan mudah.

Bagi menggantikan tempat bekas penyerang PKNS, Safee Sali, Shafiq mahu menonjolkan persembahan terbaik sepanjang tempoh persiapan pra-musim kali ini sebelum saingan Liga Malaysia 2019 bermula bulan depan.

Shafiq berharap penyertaannya bersama PKNS musim ini mampu mengukuhkan kredibilitinya selaku antara penggempur tempatan terbaik.

Pemain kelahiran Johor itu juga berasakan tiada masalah buatnya membentuk keserasian dengan rakan sepasukan baru musim ini.

"Beraksi sebagai penyerang, saya perlu bersaing dengan pemain import dan saya akan berusaha dalam sesi latihan bagi memastikan saya berada dalam kesebelasan utama," katanya.

Sementara itu, Shafiq juga tidak sabar untuk menghadapi aksi pemanas badan berdepan bekas pasukannya, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, di Pasir Gudang, Jumaat ini.

"Saya amat menghormati JDT II dan berdepan mereka membuatkan saya teruja dan bersemangat."

Advertisement

Must Watch Video