Skip to main content

Bola Sepak

Sevilla terlepas peluang hambat Real Madrid selepas diikat Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronald-araujo.jpg
SEVILLA 1 BARCELONA 1

Jules Konda dilayangkan kad merah dan menjadi Punca Sevilla terlepas peluang untuk menghambat pendahulu LaLiga, Real Madrid, selepas terikat 1-1 dengan Barcelona di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan awal pagi tadi.

Los Nervionenses, yang meraih kemenangan saat-saat akhir ketika menentang Atlerico Madrid hujung minggu lalu, berada di depan seawal setengah jam pertama hasil gerakan 'set-piece' bijak yang disempurnakan Alejandro Gomez.

Barca, bagaimanapun, membawa pulang satu mata ke Catalonia hasil gol tandukan Ronald Araujo pada minit ke-45.

Namun, hasrat Sevilla untuk meneruskan pemburuan gol kemenangan terbantut apabila Kounde dilayangkan kad merah pada minit ke-64 gara-gara membaling bola ke muka Jordi Alba.

Keputusan itu menyaksikan Sevilla gagal merapatkan jurang dengan Real Madrid untuk kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga itu manakala Barca pula terlepas peluang untuk menyertai kelompok empat teratas.
 

Advertisement

Must Watch Video