Sudah tiada sinar, mahupun harapan yang tinggal buat bola sepak Perak dalam kancah Liga Super, musim hadapan.
Tiada apa yang tinggal buat The Bos Gaurus.
Selepas tidak membuat permohonan Lesen Kebangsaan, Perak secara rasminya tidak akan bertanding seperti yang diumumkan oleh First Instance Body (FIB) bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang mengesahkan bahawa kelab tersebut tidak akan mengambil bahagian.
Ia bukanlah keputusan yang mudah diterima oleh penyokong terutamanya pemain Perak itu sendiri. Bukan perkara yang diinginkan apabila pemain terpaksa berpindah keluar demi terus mengembangkan karier profesional.
Pahit untuk ditelan, semua pemain dan barisan kejurulatihan diminta meninggalkan kelab dan bebas mencari pasukan lain.
Menerusi hantaran pemain berpengalaman, Wan Zack Haikal Wan Noor, mengambil langkah 'tanpa rela' berkelana ke kelab baru, meskipun masih menyayangi Perak.
Namun, nilai kesetiaan tidak dapat dibeli.
Pemain berusia 34 tahun itu dikhabarkan akan bersama Penang menjelang kempen musim baharu.
"Setiap keringat dicurahkan untuk Perak, aku halalkan. Setiap bakti yang aku tabur, aku ikhlaskan.
"Demi cinta aku pada karier yang tak pernah padam. Tapi keikhlasan tak dapat membayar mulut untuk disuap," katanya di TikTok.
Selepas dilepaskan Selangor pada 2022, Wan Zack memilih The Bos Gaurus demi meneruskan legasi dirinya walaupun dimamah usia.
Ketua pasuka skuad Yusri Che Lah itu pemangkin kebangkitan Perak.
"Ada senyuman, ada tangisan. Sebuah perjalanan yang indah walau berliku.
"Sebuah pengalaman yang tak dapat dilupakan," katanya lagi.

@wanzackhaikalwannor Terima kasih atas segalanya. ?? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Ronnie_Yanti_Bintang Kehidupan - ꧁ ?.???_???????? ꧂