SERIE A
Serie A: Saya pilih nombor 32 kerana David Beckham -- Kata Kyle Walker sertai AC Milan
Kapten Manchester City, Kyle Walker, menyertai kelab gergasi Itali, AC Milan, secara pinjaman untuk baki saingan musim ini dengan dia bakal menyarung jersi nombor 32 yang pernah digunakan David Beckham sebelum ini.
Pemain berusia 34 tahun itu telah membuat 319 penampilan terakhir dia bersama The Netizens adalah ketika membantu City mengatasi West Ham 4-1 pada awal Januari lalu.
Dia menyertai City dari Tottenham pada 2017, dan mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya bersama juara empat kali berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas menandatangani kontrak panjang pada 2023.
Iklan
— AC Milan (@acmilan) January 24, 2025
Dalam pada itu, Walker turut mejelaskan Tammy Abraham antara individu yang menyakinkan dirinya untuk berkelana ke kelab itu.
Milan turut mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa mereka turut mempunyai pilihan untuk membeli pertahanan kanan England itu
"Tammy memberitahu bahawa saya harus datang, dia membantu saya buat keputusan. Penyokong di sini luar biasa, mendengar nyanyian mereka dan merasakan sokongan mereka amat bermakna.
📸 Candid moments of @kylewalker2 at Casa Milan 🏠 #DNACMilan #SempreMilan 🧵 pic.twitter.com/SQvQmUi0ZI— AC Milan (@acmilan) January 24, 2025
"Saya memilih jersi nombor 32 kerana David Beckham, ikon negara kita (England)." katanya.
Must-Watch Video