Napoli kini merampas kedudukan pendahulu liga Serie A daripada Inter Milan selepas berkenduri gol dengan kemenangan 4-0 ketika berdepan dengan Cagliari dalam aksi perlawanan keempat mereka.
Walaupun bertandang ke tempat lawan, Napoli tidak menunggu lama untuk berada di depan selepas rembatan Giovanni Di Lorenzo merobek gol tuan rumah untuk meletakkan pasukanya di depan pada minit ke-18.
Derita tuan rumah kian bertambah ketika memasuki babak kedua apabila giliran Khvicha Kvaratskhelia memanfaatkan kelemahan benteng pertahanan Cagliari pada minit ke-66.
Romelu Lukaku turut mencetak namanya selaki penjaring pada perlawanan tersebut dengan menjaringkan gol ketiga hanya beberapa minit berselang untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Napoli bagaimanapun tidak pernah melahirkan simpati dalam pemburuan untuk menduduki takhta liga apabila Alessandro Buongiamo meledakkan gol keempat ketika perlawanan memasuki masa tambahan.
Dengan kemenangan ini Napoli kini dibezakan dengan satu mata dengan pencabar terdekatnya Inter Milan yang kini mengumpul 8 mata selepas mencatatkan keputusan seri satu sama ketika berdepan dengan Monza.
King Hisyam
Mon Sep 16 2024