PIALA FA MALAYSIA
Separuh masa Piala FA: VAR nafi gol pembukaan Kedah di Penang
PENANG 0 KEDAH 0
Keputusan separuh masa di Stadium Bandaraya, Penang, menyaksikan pasukan tuan rumah Penang sedang terikat tanpa jaringan menentang pasukan lawan, Kedah Darul Aman (KDA), sebentar tadi.
Sepanjang babak pertama berlangsung, sebanyak tiga kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, kepada kedua-dua pemain pasukan.
Iklan
Sebelum masuk ke bilik persalinan, video bantuan pengadil (VAR) membatalkan keputusan sepakan penalti selepas pengadil mendapati ketua pasukan Penang, Rafael Vitor, tidak melakukan sebarang perlanggaran terhadap pemain tengah Kedah, Sukhrob Nurulloev.
Must-Watch Video