Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Piala FA: Seni hantaran Heberty Fernandes pastikan JDT mendahului KDA 1-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt_1.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului pasukan tuan rumah Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA di Stadium Darulaman, sebentar tadi.

Sony Norder hampir membuka jaringan buat tuan rumah melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-15 tetapi Syihan Hazmi berjaya menepis untuk kedudukan kekal 0-0.


 

Begitupun, hantaran cantik Heberty Fernandes pada minit ke-24 menghukum benteng pertahanan KDA untuk disudahkan oleh Óscar Arribas sekali gus meletakkan JDT mendahului 1-0, gol itu disahkan oleh pengadil perlawanan selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bergson da Silva hampir menggandakan jaringan buat skuad Harimau Selatan tetapi pengadil mendakwa dia berada dalam posisi ofsaid dan kedudukan separuh masa pertama kekal dengan JDT mendahului KDA.

Advertisement

Must Watch Video