PIALA FA MALAYSIA
Separuh masa Piala FA: Selangor beri tekanan, Kuching City balas ancaman
KUCHING CITY 1 SELANGOR 1
Perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, Kuching, menyaksikan naib juara Liga Super 2023, Selangor, sedang terikat kedudukan menentang pasukan tuan rumah, Kuching City.
Skuad kendalian Nidzam Jamil membuka jaringan menerusi penyerang import Roni Fernandez susulan tangkap kurang kemas daripada penjaga gol, Shahril Sa'ari, untuk memberikan kelebihan buat pasukan Selangor selepas jaringan tersebut disahkan oleh video bantuan pengadil (VAR).
Iklan
Anak-anak buah Aidil Sharin Sahak mengatur serangan tanpa henti untuk menggugat barisan pertanan Selangor yang diketuai oleh Safuwan Baharudin namun, ketumpulan asakan pemain Kuching City gagal memberikan sebarang kejutan.
Sebelum masuk ke bilik persalinan, pertahanan, James Okwuosa, menyamakan kedudukan selepas perebutan di hadapan gol Selangor yang mengucar-kacirkan keadaan untuk menyamakan keputusan semasa.
Must-Watch Video