SABAH 3 KL ROVERS 0

Perlawanan Piala FA pusingan ke-16 memperlihatkan pasukan Sabah sudah sebelah kaki untuk ke peringkat suku akhir dengan mendahului Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) di Stadium Likas, ketika ini.


Pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani, terlebih dahulu meletakkan skuad kendalian Ong Kim Swee di depan menerusi sepakan kaki kirinya yang deras membelah benteng pertahanan pasukan lawan.


Kelab daripada Liga A1 Semi-Pro itu terus menerima tekanan dengan kurang penguasaan bola untuk melakukan serangan terhadap barisan pertahanan Sabah yang diketuai oleh pemain import, Park Tae-Su.

Penyerang utama, Ramon Machado, meledak dua jaringan untuk menutupi ruang pasukan KL Rovers mencipta kebangkitan di separuh masa pertama.