Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Liga Super: Dua jaringan Heberty Fernandes gusarkan penyokong tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

heberty.jpg
NEGERI SEMBILAN 0 JDT 2

Dua jaringan daripada pemain import, Heberty Fernandes, memberi kelebihan buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam separuh masa pertama Liga Super Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ketika ini.


Pemain berjersi 37 itu membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-15 selepas Bergson da Silva dikasari di luar kotak penalti.

Negeri Sembilan melakukan serangan lancar pada awal permainan, namun gerakan tersebut tidak membahayakan gawang JDT yang dikawal rapi oleh penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamad.

 
Heberty sekali lagi menyumbat gol kedua buat skuad kendalian Hector Bidoglio untuk kedudukan 2-0 sebagai bekalan menuju separuh masa kedua. 

Advertisement

Must Watch Video