ACLE
Separuh masa ACLE: JDT kuasai permainan tapi buntu di depan gawang
Johor Darul Ta'zim (JDT) menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang kelab Australia, Central Coast Mariners, di New South Wales ketika ini.
Bagaimanapun, jentera serangan Harimau Selatan, yang diketuai Bergson Da Silva, jelas mengalami kebuntuan di depan gawang tuan rumah.
Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-12 apabila percubaan Bergson dari sebelah kanan di tempan keluar pertahanan lawan.
Iklan
Malang menimpa Central Coast apabila penjaga golnya, Dylan Peraic-Cullen, dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Arif Aiman Hanapi di luar kotak penalti dalam waktu kecederaan.
Tidak lama selepas itu, Bergson berhasil menggegarkan gawang lawan susulan satu gerakan set-piece yang dimulakan Heberty Fernandes tetapi jaringan itu dibatalkan video bantuan pengadil (VAR), yang mengesan penyerang itu berada di kedudukan ofsaid.
Must-Watch Video