Sepanyol semakin gah mengungguli saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Georgia 4-0 meskipun beraksi tanpa khidmat bintang muda Barcelona, Lamine Yamal, di Tbilisi, awal pagi tadi.
Dua gol Sepanyol hadir daripada Mikel Oyarzabal serta satu gol menerusi Martin Zubimendi dan Ferran Torres untuk meletakkan mereka selesa dengan 16 mata tanpa sebarang kekalahan selepas enam perlawanan dalam kempen kelayakan.
Kemenangan itu turut menyaksikan anak buah Luis de la Fuente meneruskan momentum 30 aksi tanpa kalah sejak Mac 2023.
Untuk rekod, skuad La Roja akan beraksi tanpa Yamal susulan pemain berusia 18 tahun itu perlu menjalani radiofrekuensi bagi merawat kesakitan di bahagian pubis iaitu pangkal paha.
"Berita baiknya adalah dia mempunyai baki 15 tahun lagi bersama kami. Kami perlu memikirkan mengenai masa kini dan akan datang.
"Masa kini bermaksud ia bergantung kepada pemain yang kami ada, mencipta kemenangan dan menjamin dalam kempen kelayakan dan itu adalah kebimbangan kami." jelas Luis de la Fuente.
Sepanyol akan meneruskan kempen berdepan Turkiye pada 18 November ini.

Spain beat Georgia and qualify for the 2026 World Cup ???? pic.twitter.com/iFEL2sSUU2
— OneFootball (@OneFootball) November 15, 2025