Stadium Carlo Castellani menjadi saksi Napoli terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga selepas memastikan tiga mata penuh ke atas Empoli.
Aksi di awal babak permainan memperlihatkan skuad kendalian Antonio Conte seakan masih 'belum panas' untuk melakukan serangan dan lebih fokus kepada bertahan di hadapan kubu pertahanan.
Meskipun gawang gol Napoli berkali-kali diasak dengan serangan namun penjaga gol, Elia Caprile lebih bijak mengawal kemas untuk memastikan tiada gol dihasilkan sehingga masuk ke bilik persalinan.
Bersambung di babak kedua, kekasaran yang dilakukan pemain import, Tino Anjorin, menghadiahkan peluang sepakan penalti kepada Napoli.
Tanggungjawab yang digalas Khvicha Kvaratskhelia disempurnakan sebaiknya menerusi sepakan tepat menuju ke kawasan tengah gawang gol, meletakkan kedudukan 1-0 dan sekaligus menyaksikan 90 minit aksi berakhir tanpa sebarang tambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan.
Husna Zainudin
Mon Oct 21 2024