Bekas pembantu jurulatih Kuala Lumpur, Emanuel Ferro, merupakan individu kedua menyertai barisan kejurulatihan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, minggu ini.

Sejurus pelantikan Ruben Amorim selaku pengendali utama The Red Devils menggantikan Erik ten Hag serta Ruud van Nistelrooy, dia turut membawa staf kejurulatihannya termasuk Emanuel Ferro yang bertindak sebagai pembantu pengurus pasukan itu.




Sebagai rekod, jodoh Emanuel bersama The City Boys bertahan selama satu tahun sahaja; 2013-2014.

Sebelum ini, Ricardo Formosinho yang merupakan pengendali Kuala Lumpur pada 2014 turut menjadi sebahagian daripada skuad Man United pada 2016 ketika bersama Jose Mourinho selaku ketua jurulatih dan berjaya memenangi satu gelaran iaitu Liga Europa (UEL).