Skip to main content

Bola Sepak

Senang salahkan FAM, kelab kena bertanggungjawab -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan pembangunan bola sepak akar umbi haruslah menjadi tanggungjawab setiap kelab bagi memastikan kelancaran pemain tempatan semakin meningkat.

Bakat pemain muda perlu diberi peluang supaya menjadi pelapis kepada skuad kebangsaan, sekali gus menghasilkan penambahan bilangan tonggak sesetengah pasukan terutamanya skuad Harimau Malaya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut bertitah bahawa setiap kelab mesti memiliki pusat latihan yang sewajarnya dan bukan sewenangnya menyalahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semata atas sukar melahirkan produk tempatan.
"Apa yang FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) boleh lakukan ialah menganjurkan pertandingan peringkat bawah.

"Memang senang nak salahkan FAM.

"Kelab harus meningkatkan standard masing-masing," katanya di laman X.

Advertisement

Must Watch Video