Skip to main content

Bola Sepak

Semut Merah tarik nafas lega

adam-abdullah-210917.jpg
Setelah melalui pelbagai masalah musim ini, PKNS FC menarik nafas lega kerana akhirnya berjaya memastikan kekal dalam Liga Super musim depan hasil kejayaan penuh bermakna menumbangkan pasukan jiran, Selangor, 2-1 dalam Liga Super, malam tadi.

Adam Abdullah sekali lagi terpaksa bertindak selaku jurulatih sementara apabila jurulatih sebelum ini, Sven Gartung, telah direhatkan pada 12 September lalu.

Di sebalik permasalahan pasukan, pemain PKNS berjaya mengetepikan itu semua selepas mereka mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengecewakan Selangor sekali lagi pada musim ini.

Menurut Adam, dia berasa lega kerana tidak perlu mengunggu sehingga aksi terakhir Liga Super untuk memastikan kedudukan mereka dalam pentas Liga Super 2018.

"Kami memang mahu menang ke atas Selangor sebab kami mahu kekal dalam Liga Super. Itu paling penting dan inilah peluang kami.  

"Walaupun sukar, kami berjaya juga. Kami perlu bekerja keras dan semua pemain menunjukkan komitmen tinggi," katanya. 

Dalam kem Selangor, P. Maniam sedikit resah apabila melihat pasukannya tewas buat kali ketiga berturut-turut sejak Liga Malaysia kembali bersambung pada 9 September lalu.

Namun, dia menjelaskan fokus mereka mengejutkan Kedah dalam suku akhir kedua Piala Malaysia masih belum terjejas, sebaliknya yakin pemainnya akan bangkit.

"Kami fokus di bahagian serangan tetapi tidak di bahagian pertahanan. Itulah puncanya dan pemain mungkin perlu menukar mentaliti itu. 

"Kami perlu pulih dengan cepat untuk beraksi dalam suku akhir Piala Piala Malaysia. Kami tidak mahu melepaskan gol," katanya.


 

Advertisement

Must Watch Video