LIGA INGGERIS
Semua orang tahu situasi itu -- Fabregas jelaskan khabar angin ke Monaco
Cesc Fabregas belum mengesahkan bakal meninggalkan Chelsea tetapi akur semua orang tahu tentang situasi sebenar selepas dikaitkan dengan perpindahan ke AS Monaco.
Pemenang Piala Dunia 2010 itu meninggalkan Stamford Bridge dengan tangisan selepas kemenangan 2-0 The Blues ke atas Nottingham Forest dalam pusingan ketiga Piala FA lewat malam tadi di mana dia memakai lilitan ketua pasukan tetapi gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam babak pertama.
Dia diberikan penghormatan oleh penonton di stadium yang berdiri apabila dia digantikan oleh N'Golo Kante pada minit ke-85 dan pemain dari Sepanyol itu tidak menolak perpindahannya itu benar ketika sidang media selepas perlawanan itu.
Iklan
"Ia berlaku demi kebaikan saya," kata Fabregas.
"Saya tidak menjangka apa yang berlaku hari ini. Saya tidak boleh katakan sesuatu yang tidak menghormati Chelsea tetapi semua orang tahu tentang situasi itu."
Fabregas menyertai Chelsea pada Jun 2014 selepas hadir daripada Barcelona dan memenangi dua kejuaraan liga bersama The Blues.
Jika perpindahannya ke kelab Ligue 1 itu berlaku, ia bermaksud Fabregas bakal mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak England selepas berkelana selama 12 tahun enam bulan, termasuk semasa tempoh bersama Arsenal sebelum ke Camp Nou.
"Masa berlalu," kata pemain berusia 31 tahun itu.
"Rasa seperti minggu lalu saya mulakan karier profesional dan kini sudah 15 tahun.
"Anda perlu bersedia setiap tiga hari, hidup dengan kritikan atau kehebatan anda tetapi masa terus berlalu."
Must-Watch Video