Australia mengambil pendekatan terpuji selepas meneruskan idea sejak musim lalu bagi menghormati golongan Muslim yang berpuasa dalam bulan Ramadan tahun ini.
Saingan utama Liga Australia tela memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.
Tindakan tersebut disambut baik semua pihak memandangkan ia adalah kesempatan terbaik selain dianggap mesra terhadap pemain Muslim yang sedang melakukan ibadah wajib itu.
Aksi akan dihentikan seketika selama 90 saat sekiranya melepasi waktu azan Maghrib dengan bola akan dikeluarkan daripada permainan.
Inisiatif itu adalah bertujuan meraikan semua golongan pemain dan peminat bola sepak yang sudah memberi kemeriahan kepada dunia.
"Ramadan ialah tempoh suci buat segelintir penyokong.
“Polisi ini penting demi menjaga kebajikan pemain dan pegawai tetapi pada masa sama, memastikan mereka yang perlu mengikuti peristiwa agama yang penting merasa diri mereka disokong dalam sukan ini.
“Bola sepak terus menunjukkan bahawa ia meraikan kebersamaan untuk semua," kata pengerusi liga, Stephen Conroy.
Selamat menyambut bulan Ramadan buat semua rakyat Malaysia!

During Ramadan, A-Leagues games occurring over sunset will pause for players and officials observing to break their fast.
— Isuzu UTE A-League (@aleaguemen) February 28, 2025
For Sydney FC’s Anas Ouahim, the initiative will allow him to follow his religion while playing the game he loves.
READ MORE: https://t.co/HoHvkQ9Uzr pic.twitter.com/nAh7ApoFvl