DPMM FC terpaksa membayar harga yang mahal dalam misi meledak jaringan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) apabila dibelasah 6-1, sebentar tadi.
Seperti yang dijangka, Harimau Selatan turun mendominasi aksi di atas padang untuk menjamin tiket ke final buat kali kelima berturut turut sejak 2022.
Dengan kelebihan 2-0 berdepan DPMM, anak buah Xisco Munoz itu tak menunggu lama untuk melebarkan lagi jurang itu dengan Joao Figueiredo membuka tirai jaringan pada minit ke-27.
Sungguhpun Jordan Murray menghidupkan api kemaraan untuk menyamakan kedudukan 1-1 dalam babak kedua, ia sekadar menyemarakkan lagi semangat JDT apabila segala-galanya berubah sekelip mata.
Bukan satu, tapi tiga jaringan hadir buat kem Harimau Selatan dalam masa lapan minit menerusi Manuel Hidalgo, Oscar Arribas dan Jairo untuk kedudukan 4-1.
Dn pada ketika semua berfikir 4-1 sudah cukup buat JDT, dua lagi jaringan menyusul pada lewat permainan dan kali ini menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain simpanan berusia 20 tahun, Daniesh Amiruddin, dan Marcos Guilherme dalam masa tambahan untuk keputusan akhir memihak JDT dengan agregat 8-1.