Pemain tengah Selangor, Nikola Jambor, berasakan rakan sepasukannya yang mesra membantu dirinya mengadaptasi walaupun baru tiga bulan bersama kelab dari Lembah Klang itu.
Pemain kelahiran Croatia berusia 29 tahun itu turut berkongsikan bahawa dia yang kerap bertanya kepada rakan senegara yang beraksi di Liga Malayisa menjadi faktor pilihannya ke kelab Gergasi Merah Kuning itu.
"Saya rasa penyesuaian saya amat mudah, terima kasih kepada rakan sepasukan dan semua orang dalam pasukan termasuk barisan jurulatih serta pengurusan yang sangat mesra.
"Semua rakan sepasukan yang kerap bergurau, dan kami kerap bercakap mengenai bola sepak sebelum beraksi dan kami cuba lebih tenang, perkara seperti ini menggembirakan saya di sini.
"Saya rasa sangat selesa (selepas tiga bulan), saya akan cuba berikan yang terbaik sama ada beraksi di bahagian tengah mahupun pertahanan, saya kan cuba membantu pasukan kerana kami sentiasa mahukan kemenangan dan tiga mata." katanya.
Dalam pada itu, Jambor berasakan menyertai Selangor merupakan pilihan yang tepat memandangkan dia 'cerewet' dalam memilih pasukan dan akan terus komited untuk memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan ketika beraksi di atas padang.
"Sebelum saya hadir ke Selangor saya tidak mengetahui terlalu banyak mengenai kelab ini dan mula bertanya rakan saya yang beraksi di liga ini, serta jurulatih dan mereka semua maklumkan kepada saya bahawa Selangor adalah pasukan yang besar di Malaysia dengan sejarah dan dalam keadaan yang baik.
"Setelah tiga bulan di Selangor saya dapat mengesahkan apa yang mereka katakan benar. Saya bersyukur beraksi buat kelab ini." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Tonton segmen penuh bersama Nikola Jambor di Youtube Astro Arena.