Skip to main content

Bola Sepak

Selepas menang ke atas Nepal & Vietnam, ini kedudukan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-nt.jpg
Selepas menang 2-0 ke atas Nepal dan 4-0 ke atas Vietnam, Harimau Malaya kini berada di puncak Kumpulan F dengan 6 mata, sekali gus berada dalam kedudukan baik untuk mencari tiket merit layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Harimau Malaya memimpin Kumpulan F dengan memungut 6 mata penuh selepas mencatat kemenangan dalam 2 perlawanan awal kempen kelayakan ini.

Malaysia mencatat kemenangan bergaya menewaskan musuh tradisi ASEAN, Vietnam dengan jaringan 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi dengan João Figueiredo, Rodrigo Holgado, La'Vere Corbin-Ong, dan Dion Cools masing-masing mencatat nama sebagai penjaring.

Dalam satu lagi perlawanan, Laos berjaya menumbangkan Nepal 2-1 di Vientiane hasil jaringan Damoth Thongkhamsavath & Peeter Phanthavong manakala Nepal menerusi Manish Dangi.

Selepas perlawanan malam tadi, Vietnam berada di kedudukan kedua kumpulan dengan 3 mata, Laos di tempat ketiga dengan 3 mata, manakala Nepal berada di tempat tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2027 Pusingan Ketiga ini, hanya satu pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak secara merit ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Malaysia seterusnya akan menentang Laos di tempat lawan pada Khamis, 9 Oktober 2025 dengan misi melebarkan penguasaan sebagai pendahulu Kumpulan F.

Advertisement

Must Watch Video