Skip to main content

Bola Sepak

Selepas bantu Hector Bidoglio, legenda JDT kembali perkuat Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil.jpg
Kembalinya pertahanan kental yang pernah mengumpul 98 penampilan bersama skuad kebangsaan demi menabur bakti membawa Malaysia ke peringkat tertinggi menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, minggu depan.

Legenda Johor Darul Ta'zim (JDT) yang memenangi 10 kali berturut-turut gelaran Liga Super, Aidil Zafuan Abdul Razak, kembali mewarnai kem Harimau Malaya selepas sekian lama meninggalkan pasukan kebangsaan sebelum ini.

Menurut laman sosial rasmi Malaysia NT, bekas pemain Negeri Sembilan itu dilihat membantu barisan kejurulatihan diketuai oleh Peter Cklamovski bagi mempersiap pemain menghadapi perlawanan pertama bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). 




Perkongsian wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, menjelaskan bekas ketua pasukan negara itu bakal diumumkan sebagai salah seorang penolong kepada pengendali kelahiran Australia itu dalam masa terdekat. 

Kelihatan kelibat bekas pemenang Piala Malaysia 2009 hingga 2011, Hairuddin Omar, turut menyertai barisan kejurulatihan Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, semalam. 

Selamat kembali kepada Aidil dan Hai-O dalam skuad kebangsaan!

Advertisement

Must Watch Video