Skip to main content

Bola Sepak

Selangor umum ikat penyerang baru dari Chile, bakal ganti Ayron Del Valle

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronnie-fernandez.jpg
Selangor kelihatan serius dalam memperkuatkan pasukan menjelang saingan musim 2024/25 apabila sah mengikat penyerang baru dari Chile, Ronnie Fernandez, dalam satu pengumuman sebentar tadi.

Tidak sampai 24 jam selepas mengumumkan kemasukan pertahanan kebangsaan Uzbekistan, Umarek Eshmurodov, yang ketika ini sedang beraksi dalam Piala Asia di Qatar, Gergasi Merah mengumumkan pula kedatangan penyerang berusia 33 tahun itu, yang dilihat bakal menjadi pengganti kepada penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Ayron Del Valle.

"Ronnie memulakan kariernya di Santiago Wanderers FC sebelum mencipta kejayaan di Arab Saudi bersama Al-Fahya FC, di mana dia menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak Liga Pro Saudi (13 gol) pada musim pertamanya," kata Selangor FC dalam satu kenyataan media sosial.

"Dia juga pernah bermain untuk Al Nasr di Dubai pada 2018 dan menjaringkan 18 gol daripada 26 perlawanan untuk Bolivar La Paz, membantu mereka memenangi Copa de la División Professional pada 2023. 

"Kami tidak sabar untuk bermula dengan anda, Ronnie!"

Senagai rekod, Fernandez pernah mewakili skuad kebangsaan Chile sebanyak tiga kali.



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video