Skip to main content

Bola Sepak

Selangor tetap bawa mentaliti sama -- Nidzam Jamil

nidzam.jpg
Selangor akan tetap membawa mentaliti sama biarpun ia sekadar kejohanan persahabatan, demikian kata ketua jurulatih pasukan itu, Nidzam Jamil, menjelang final 'Derbi Serumpun' malam ini.

Selangor akan berdepan Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Jakarta dalam final kejohanan jemputan itu selepas menewaskan Sabah 3-2 pada Khamis lalu.

Walaupun ia hanya sekadar kejohanan jemputan melibatkan empat pasukan, Nidzam menegaskan Selangor akan tetap membawa mentaliti sama untuk memburu kemenangan dalam aksi final berkenaan.

"Walaupun ini hanya kejohanan persahabatan, kami tetap akan membawa semangat dan mentaliti sama seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


 

Advertisement

Must Watch Video