Naib juara Liga Super 2024/25, Selangor, bakal mengikuti jejak langkah juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), bagi menghadapi saingan musim hadapan yang akan bermula sekitar Julai ini.
Dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi, menjuarai setidak-tidaknya satu piala, Selangor perlu tampil lebih agresif dan menjadi pencabar terkuat Harimau Selatan.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, difahamkan skuad Gergasi Merah berkemungkinan akan menjalani pramusim di Australia, Indonesia dan Thailand sebagai persiapan membentuk pasukan hebat memburu zaman kegemilangan semula.
Ini juga dianggap selaku ujian terbaik apabila naib juara Piala FA itu sekali lagi mewakili Malaysia dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), sekali gus mahu membalas dendam atas prestasi lalu.