Selangor mengidamkan tiga mata ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Larkin malam ini untuk mengakhiri saingan Kumpulan D, Piala Malaysia selaku juara kumpulan.
Selepas berehat lebih tiga minggu susulan pembabitan beberapa pemain dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan juga tugasan skuad senior kebangsaan, saingan bola sepak tempatan kembali bersambung dengan aksi terakhir kempen Piala Malaysia.
Meskipun berbaki satu perlawanan, Selangor dan JDT sudah pun mengesahkan tempat ke suku akhir apabila mengumpul 10 mata.
Begitupun, perbezaan jaringan menyaksikan JDT mengungguli kumpulan dan Selangor tiada pilihan melainkan kemenangan untuk memintas lawan mereka itu, sekaligus menamatkan cabaran selaku juara kumpulan.
Jurulatih Selangor, P. Maniam, sedar ia bukan misi mudah buat pasukan kendaliannya, apatah lagi JDT masih belum tewas di Larkin, musim ini.
"Kami akan bermain di Larkin. Bukan mudah untuk menang di sana.
"Pemain saya perlu meningkatkan persembahan mereka, berdisiplin di atas padang dan memberikan komitmen 100 peratus. Dengan itu, saya berasakan kami mampu mencapai kemenangan," katanya.
Pasukan Selangor tiba di Johor Bahru semalam, namun hasrat mereka untuk mengadakan latihan ringan tidak kesampaian akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
Hanya kecederaan yang menimpa Raimi Mohd Noor menyaksikan sedikit pertukaran perlu dilakukan, namun secara keseluruhan, Maniam mempunyai skuad yang cergas untuk menghadapi JDT.
"Selepas liga berehat, sukar untuk meramalkan permainan," tambahnya.