Skip to main content

Bola Sepak

Selangor lepas pemain ikut kalendar FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-2023.jpg
Selangor mahu bersikap selektif dalam melepaskan pemain B-23 seandainya saingan yang diterapkan tiada dalam kalendar antarabangsa FIFA.

Pendirian sedemikian disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, memandangkan ketika ini dibarisi ramai pemain muda 

Begitupun, kelab Lembah Klang itu lebih bersikap memilih pada musim ini dan The Red Giants memiliki hak untuk lebih menjaga pemain mereka daripada menggalas bebanan tugasan terlalu berat.

Justeru, Sukan SEA Kemboja dan Piala AFF B-23 tahun ini belum ada jaminan sama ada Selangor akan melepaskan pemain terbaik mereka kepada skuad E. Elavarasan atau sebaliknya.

"Kalau seseorang pemain itu bukan tonggak utama, kami boleh pertimbangkan. 

"Tapi untuk kesebelasan utama, kami perlu utamakan cita-cita dan sasaran kelab. 

"Daripada segi pembangunan, Liga Super juga bagus untuk perkembangan mereka. 

"Untuk itu, kami mungkin hanya akan melepaskan pemain yang kurang minit permainan," katanya dalam majlis memperkenalkan pasukan bagi musim 2023, hari ini. 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video