Bekas tonggak pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli, memberikan bayangan jelas mengenai masa depannya menjelang perpindahan jendela musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) dengan menyatakan kesediaan untuk berhijrah ke pasukan lain.
Namun, dengan syarat sebagai pertimbangan utama, kelab itu harus memiliki kestabilan daripda aspek kewangan dan berpangkalan di Lembah Klang.
Pemain berusia 36 tahun itu yang kini berada di penghujung karier profesionalnya berkongsikan dia masih 'ada hati' untuk meneruskan aksi di pentas tertinggi bola sepak tempatan.
Tetapi enggan terburu-buru dalam membuat keputusan kerana mahu memastikan pilihan yang dibuat bukan hanya baik untuk dirinya, tetapi juga keluarganya.
"KL masih belum beri sepatah dua lagi sama ada kekal atau tida, saya masih menunggu kata putus. Kita tunggu dan lihat nanti,' katanya.
Bagaimanapun, dia menegaskan Kuala Lumpur (KL) City masih kekal sebagai pilihan utama untuk melanjutkan kariernya, apatah lagi keserasian dan keselesaan sudah lama dijalinkan bersama rakan sepasukan termasuk pengurusan kelab sejak menyertai kelab itu pada 2024.
Untuk musim 2025, jendela perpindahan dijangkakan akan menyaksikan banyak pergerakan pemain berpengalaman apabila beberapa kelab utama Liga Super berada dalam proses penyusunan semula pasukan.
"Kita tahu semua pasukan ada masalah kewangan, untuk saya sebagai pemain bola sepak mahukan pasukan yang stabil kerana jika kelab stabil kita boleh fokus dan beraksi dengan lebih baik." ujarnya.