Skip to main content

Bola Sepak

Schalke samai rekod tanpa kemenangan kelab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wagnercropped_2lfh5mh96drw18x75e3ce8xm9.jpg
Schalke tidak berupaya mengurangkan tekanan buat pengendali, David Wagner, selepas diikat Union Berlin 1-1 sekali gus menyamai rekod rentetan tanpa kemenangan kelab itu, semalam.

Nasib Schalke di Berlin tampak lebih buruk selepas ketinggalan seawal minit ke-11 menerusi rembatan Robert Andrich.

Jonjoe Kenny menyamakan kedudukan sebelum setengah jam aksi tetapi Schalke bergelut untuk mencipta peluang terbuka.

Aksi tangkas daripada Alexander Nubel menafikan peluang Union untuk mencatat kemenangan di penghujung permainan tatkala Schalke kini 12 perlawanan tanpa kemenangan.

Kali terakhir mereka meraih tiga mata adalah pada 17 Januari lalu sewaktu menundukkan Borussia Monchengladbach 2-0 di Gelsenkirchen.

Prestasi Schalker menjadi buruk sejak saingan disambung ekoran penangguhan akibat coronavirus, mengalami empat kekalahan berturut-turut sebelum tunduk di tangan Union, ditewaskan Borussia Dortmund, Augsburg, Fortuna Dusseldorf dan Werder Bremen sambil melepaskan 10 gol dan mencatat hanya satu jaringan.

Sebelum ini, kelab itu mengharungi 12 perlawanan tanpa kemenangan pada 1993.
 

Advertisement

Must Watch Video