LIGA SUPER MSIA

Saya tidak fikir mahu pecah rekod Indra Putra -- Bergson

Stadium Astro
Muzaffar Musa
11/04/2025
11:43 MYT
Sponsor Banner
Saya tidak fikir mahu pecah rekod Indra Putra -- Bergson
Penyerang profilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, kian menghampiri 'dewan kemasyhuran' sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.
Ini selepas calon pemain naturalisasi negara itu meledakkan lima gol sewaktu membantu Harimau Selatan menumbangkan Kelantan Darul Naim dalam perlawanan kedua terakhir liga di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri semalam.
Jaringan itu melengkapkan 30 golnya musim ini berbaki satu perlawanan liga -- memperbaharui rekod jaringan terbanyak semusim 29 gol yang dilakukannya dalam musim 2022, di mana dia ketika itu mengatasi rekod 26 gol Ifedayo Olusegun setahun sebelumnya.
Dengan lima jaringan itu juga, Bergson telah menghimpunkan 104 gol Liga Super sejak menyertai JDT pada 2021 dan kekurangan dua gol lagi untuk menyamai rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.
Bagaimanapun, keinginan untuk memecahkan rekod berkenaan langsung tiada dalam fikiran Bergson.
"Kami ada satu lagi perlawanan penting menentang Kuching City untuk kami menjulang kejuaraan selepas perlawanan itu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Sasaran saya adalah untuk memenangi gelaran lagi buat kelab ini kerana kelab ini amat besar.
"Setiap musim saya melihat ke seluruh dunia bagaimana kami boleh meningkat dan kami perlu meneruskannya, kami perlu meningkat sebagai pemain.
"Itulah sasarannya, saya tidak memikirkan mengenai jaringan atau mencapai sasaran peribadi.
"Saya hanya mahu memenangi gelaran dan membantu pasukan ini," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video