WC QUALIFYING
Saya telah disengat -- Belotti
Penyerang sensasi Torino, Andrea Belotti, mendakwa dia telah mengalami kecederaan luar biasa menjelang kekalahan 3-0 Itali berdepan Sepanyol di Madrid dengan berkata:"Saya telah disengat oleh seekor serangga."
Belotti merupakan salah seorang pemain yang beraksi hambar buat Azzurri hingga menyaksikan mereka kecundang hasil sumbangan dua gol oleh Isco dan Alvaro Morata.
Pemain berusia 23 tahun itu turut mempertahankan keputusan pengendali, Giampiero Ventura, untuk menerapkan formasi 4-4-2.
Iklan
"Kami turun dengan formasi menyerang kerana kami berniat untuk mendapatkan kemenangan.
"Bola sepak adalah permainan satu pasukan. Setiap pemain perlu membuat sumbangan. Inilah permintaan jurulatih.
"Sepanyol merupakan pasukan menyerang, ada kalanya mereka bertahan dengan kesemua 11 pemain. Bagi saya, perlawanan ini satu pengajaran kerana kami mampu memberikan aksi lebih baik."
Berkenaan dengan kecederaan dialaminya, Belotti berkata: "Saya disengat seekor serangga dan mata saya mula membengkak sejak malam tadi."
Must-Watch Video