"Saya sedia beraksi di mana-mana posisi termasuk penjaga gol."
Demikian laung pemain sayap Harimau Selatan, Manuel Hidalgo, yang tidak kisah diletakkan di mana-mana posisi asalkan dapat berjuang bersama pasukan di atas padang.
Kelibat pemain kelahiran Argentina itu mencuri tumpuan apabila dipertaruhkan di posisi sayap kiri bertahan dalam babak kedua ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) melayani kunjungan DPMM dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.
Tidak kekok, Hidalgo sebaliknya mempamerkan aksi terpuji apabila mencipta peluang jaringan malah meledak satu gol.
"Paling penting adalah mencipta impak. Saya memerlukan lebih minit permainan.
"Berkenaan mutu persembahan pasukan, mudah untuk merencananya menerusi pemain berkualiti seperti ini.
"Disebabkan ramai pemain, adakalanya saya perlu bermain di posisi berbeza.
"Saya cuba menyesuaikan diri selagi boleh, sama ada pertahanan mahupun penjaga gol, saya cuba memberikan yang terbaik.
"Ini kali pertama saya mengisi posisi ini walaupun lebih gemar berada di depan gol dan menggelecek.
"Apa pun saya sangat gembira (dengan peluang beraksi ini).
"Posisi (malam ini) agak sukar kerana saya kena biasakan diri banyak bertahan, jadi saya perlu berlatih lagi dan lain kali melakukan yang lebih baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas perlawanan.
Calon pemain naturalisasi negara itu turut mencipta dua bantuan gol dalam kemenangan terbesar Harimau Selatan musim ini.
Ia merupakan gol keduanya bersama JDT dan jaringan ketiga keseluruhan musim ini selepas meraih satu gol bersama Kuala Lumpur City pada awal musim.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang