Skip to main content

Bola Sepak

Saya sayang Napoli tapi kita akan lihat, kata Koulibaly selepas jadi sasaran Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kalidoukoulibaly_1.jpg
Kalidou Koulibaly menegaskan bahawa dia sayangkan Napoli tetapi berkata "kita akan lihat apa yang akan berlaku" mengenai spekulasi berkaitan masa depannya.

Koulibaly, 29, terus dikaitkan untuk meninggalkan pasukan Serie A itu dan Liverpool dilaporkan menjadi pasukan yang berminat untuk mendapatkan pertahanan berkenaan.

Pertahanan tengah Senegal itu, yang masih mempunyai kontrak di Napoli sehingga 2023, sedar akan minat kelab lain terhadapnya tetapi berkata dia masih sayang kepada kelab Itali berkenaan.

"Saya sayangkan Naples dan Naples sayangkan saya, itulah perkara paling penting," katanya kepada Sky Sport selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam Liga Europa awal pagi tadi.

Saya sentiasa memastikan saya dapat diturunkan dalam setiap perlawanan, saya masih ada kontrak tiga tahun, saya tenang, pasukan-pasukan itu mahukan saya tetapi saya masih di sini.

"Saya bermain di tahap saya dan membantu pasukan dan orang di sini kerana saya mahu memberikan sesuatu kepada mereka dan kemudian kita akan lihat apa yang akan berlaku," katanya.
 
Selepas pulih daripada kecederaannya musim lalu, Koulibaly beraksi dengan minit paling sedikit dalam saingan liga sejak menyertai Napoli daripada Genk pada 2014.

Koulibaly, yang pasukannya kini berada di tangga kedua Serie A selepas lima perlawanan, berkata musim 2019-20 merupakan waktu sukar buatnya.

"Saya berdepan musim yang lebih sukar walaupun saya tidak melakukannya dengan terlalu buruk tetapi kami tahu tahap permainan saya dan kami tahu saya boleh memberikan sesuatu yang lebih baik.

"Tahun ini, jurulatih memberitahu saya bahawa perihal saya amat penting kerana saya perlu membantu pasukan dan saya perlu kembali ke tahap terbaik.

"Dia memberitahu saya secara jujur dan secara berdepan dan saya berusaha untuk dapat diturunkan dalam setiap perlawanan dan kita dapat melihat hasilnya hari ini.

"Tetapi kami perlu sedar bahawa musim ini masih panjang dan terdapat banyak perlawanan di mana kami perlu mengekalkan tahap ini," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video