Skip to main content

Bola Sepak

Saya sangat marah! -- Arteta berang kejuaraan Arsenal makin jauh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal.jpg
Arsenal berpeluang merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, namun West Ham United menafikan perkara tersebut, sekali gus menyukarkan mereka mengejar kejuaraan musim ini.

Kekalahan kepada The Hammers 0-1 menamatkan rentetan 15 perlawanan tanpa tewas The Gunners yang menyaksikan kini mereka dibezakan 11 mata dengan skuad kendalian Arne Slot.

"Walaupun kami mempunyai pelbagai peluang, saya tidak pernah merasakan kami berada pada standard yang begitu rendah.

 

"Saya sangat marah. Saya berang kerana kami tidak mencapai tahap piawaian yang ditetapkan, namun saya perlu bertanggungjawab ke atasnya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video