Skip to main content

Bola Sepak

Saya nak tambah satu lagi, 19 gol -- Safawi Rasid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safaw.jpg
Penggempur baru Kuala Lumpur (KL) City, Safawi Rasid, meletakkan sasaran 19 gol secara peribadi bagi saingan musim baru Liga Malaysia bersama pasukan barunya nanti.

Bekas pemain Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkongsikan dengan Wartwana Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, ‘reunion’ beberapa bekas rakan sepasukan Harimau Selatan, bakal menjadi kekuatan utama untuk mengulangi prestasi cemerlang di musim baru Liga Malaysia (Liga-M).

Pemain berusia 28 tahun itu antara pemain yang diumumkan bagi memperkuatkan saingan musim baru bersama KL City selain Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba dan Manuel Hidalgo.  






"Musim lalu saya dapat apa yang saya mahukan iaitu jaringan gol dan musim ini saya perlu perbaiki dan lakukan kerja rumah. Dengan rakan sepasukan baru mungkin akan membantu saya. Saya tidak sabar.

"Salah satu saingan adalah raih prestasi seperti musim lalu, tetapi di KL ada pemain yang sudah beraksi bersama saya di JDT dan pasukan kebangsaan. Mungkin ini salah satu faktor dapatkan prestasi terbaik saya.

 




"Saya telah bermain bersama Syazwan Andik sejak sekian lama, mereka dan jurulatih pasti akan membantu saya. Tiada masalah. Saya sasar 19 gol (musim baru).

Advertisement

Must Watch Video