Marco Verratti mengulangi keinginannya untuk kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) apabila bintang itu memasang impian untuk menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama gergasi Perancis tersebut.
Topik mengenai masa depan Verratti di Paris terus menguasai tajuk utama berita di sebalik laporan dia menarikt minat beberapa gergasi Eropah lain, termasuk dua kelab Serie A, Juventus dan Inter Milan.
Pemain berusia 24 tahun itu, yang menandatangani kontrak lima tahun Ogos lalu, berulang kali menafikan spekulasi dia mahu meninggalkan PSG.
Pemain antarabangsa Itali itu sekali lagi berbuat demikian sebelum perlawanan kedua pusingan 16 UCL menentang Barcelona, Khamis ini.
"Saya mahu kekal," kata Verratti, dengan PSG mendahului Barca 4-0 selepas perlawanan pertama di Paris.
"Saya adalah sebahagian daripada projek itu dan tidak banyak kelab seperti ini di Eropah.
"Impian saya adalah untuk memenangi UCL di sini bersama PSG."
Verratti menambah: "Saya mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana selalu membuat saya cukup yakin untuk bermain -- yang merupakan satu-satunya cara untuk saya maju.
"Sekarang saya rasa baik dan saya boleh bermain tiga perlawanan dalam seminggu tanpa masalah fizikal atau keletihan. Dalam bola sepak moden, perkara yang paling penting adalah sihat secara fizikal."