BOLA SEPAK MSIA
Saya jangkakan jersi Harimau Malaya yang lebih menarik -- Dion Cools
Ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools, meluahkan pandangan berbeza mengenai jersi terbaru skuad kebangsaan yang diperkenalkan secara rasmi di pusat beli belah terkemuka, Sunway Piramid, Kuala Lumpur semalam.
Secara rasminya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memeterai kerjasama baru bersama jenama sukan popular global, Puma, sebagai penaja utama pakaian sukan pasukan bola sepak negara.
Selepas peluncuran majlis tersebut, rata-rata penyokong memberikan variasi pandangan terhadap dua jersi ikonik itu termasuk pemain Buriram United itu.
Iklan
"Secara peribadi, mungkin saya menginginkan jersi yang lebih baik.
Kredit : @Futbolita pic.twitter.com/sXrCeF1JOe— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) January 24, 2025
"Sudah tentu, secara keseluruhan saya fikir ia adalah kombinasi hitam dan putih yang membawa maksud kepada negara Malaysia.
"Seperti peminat tempatan yang lain, mereka juga mengharapkan sesuatu yang berbeza," katanya kepada media antarabangsa Singapura, Futbolita.
Must-Watch Video