Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memberikan perkembangan tentang kes simbahan asid terhadap penyerang negara, Faisal Halim.
Hannah berharap kes itu mampu ditangani dan diselesaikan oleh pihak polis dengan secepat mungkin selain menyeru penyokong untuk tidak menyebar berita tidak sahih dalam platform media sosial.
"Untuk kes Faisal Halim, saya harap polis akan selesaikan siasatan mereka.
"Hari ini ada penjawat awam yang maklumkan kepada saya bahawa dia menangis apabila membaca berita berkenaan Faisal.
"Dia adalah ikon pasukan Harimau Malaya, saya harap dia cepat sembuh dan pihak polis boleh maklumkan kepada rakyat berkenaan siasatan mereka yang terkini." kata Hannah.