"Nampaknya saya dengan Zainal sampai ke akhirnya bersama…’, seloroh naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Dollah Salleh, merujuk kepada kelibatnya bersama dengan Datuk Zainal Abidin Hassan, yang memancing perhatian media dalam kongress pemilihan kali ini.
Kedua-dua legenda bola sepak itu berjaya meraih undi melebihi majoriti untuk pertama kalinya diberikan penghargaan berada dalam pengurusan badan induk FAM.
Dollah mengakui dia melewati situasi bukan kebiasaan ketika undian berlangsung namun mula berasakan ia sebuah penghargaan yang tidak boleh diambil mudah selepas ini.
Bekas penyerang kebangsaan itu turut menegaskan dia bersedia andai kelibatnya diperlukan sebagai pengurus skuad bola sepak senior negara selepas ini.
"Saya sentiasa bersedia, tiada ragu-ragu dengan tugas yang bakal diberikan kepada saya. Saya akan menggunakan pengalaman 30-40 dalam bola sepak ini, ia akan digunakan untuk FAM bagi bola sepak negara."
Dollah dan Zainal tidak berselindung mereka memiliki rencana bersama bagi kesinambungan kecemerlangan skuad negara.
Namun memerlukan sedikit masa untuk berkongsi perincian rencana itu.