Pemain berusia 28 tahun itu bertindak cemerlang ketika membantu pasukannya membenam Manchester City 4-0 di Stadium Etihad, kelmarin, dengan dia memerlukan rawatan dalam separuh masa pertama selepas bertembung dengan Savinho.
"Kadangkala bola sepak memberikan anda berada di tahap yang tinggi dan kadangkala ia mencabar anda dengan cara yang anda tidak pernah jangkakan.
Guglielmo Vicario confirmed he played 60 minutes against Manchester City with a broken ankle via his Instagram story ?
— Football on TNT Sports (@footballontnt) November 25, 2024
He's since had surgery on the ankle ? pic.twitter.com/hd1ZxiZREg
"Saya bermain selama 60 minit di Etihad dengan keadaan patah tulang di buku lali serta memberikan segala yang saya ada untuk pasukan. Malangnya, tiada cara untuk mengatasi masalah ini.
"Saya memerlukan pembedahan, saya kecewa tidak dapat membantu pasukan buat sementara waktu," katanya dalam laman media sosial miliknya.
???️ Vicario: “I played 60 minutes at the Etihad with a broken bone in my ankle, giving absolutely everything I had for the team.”
— HotspurReports. (@hotspurreports) November 25, 2024
Warrior. ?? pic.twitter.com/guGvw9WxeL
Dalam pada itu, Tottenham tidak meletakkan skala tempoh masa untuk pemulihan Vicario dengan dalam satu kenyataan menjelaskan: "Kami mengesahkan bahawa Vicario telah menjalani pembedahan patah buku lali kanannya." tambahnya lagi.