BOLA SEPAK
Saya akan kerah segala kemampuan demi Harimau Malaya -- Cklamovski
Peter Cklamovski, tekad meningkatkan lagi mutu pasukan skuad kebangsaan selepas dia secara rasmi diperkenalkan sebagai ketua jurulatih yang baharu.
Cklamovski yang diperkenalkan secara rasmi dengan penuh bergaya sempena pelancaran jersi baru Harimau Malaya hari ini.
Cklamovski tiba di tanah air sejak semalam untuk memulakan tugasan diperkenalkan secara rasmi dalam majlis pelancaran jersi baru Harimau Malaya dan perjanjian kerjasama antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan jenama sukan antarabangsa iaitu Puma yang berlangsung di ibu negara.
Iklan
"Adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya. Dengan segala kebanggaan dan semangat saya, saya akan bekerja langkah demi langkah untuk mengembangkan pasukan dan menggerakkannya ke arah yang betul.
"Kami mempunyai beberapa asas yang baik untuk dibina, tetapi ada juga kelemahan yang perlu kami tangani. Bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kakitangan dan pemain, kami menyasarkan untuk membuat setiap rakyat Malaysia bangga dan teruja untuk menyaksikan pasukan ini bermain," katanya. Cklamovski.
"Bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail dan menyaksikan kesungguhannya menjadikan keputusan saya untuk menyertai (Malaysia) mudah. Adalah satu penghormatan bagi saya untuk mewakili baginda dan semua orang di Malaysia untuk menggerakkan negara ini ke arah yang betul," kata Cklamovski.
🚨Peter Cklamovski first interview, visi dan ‘passion’ TMJ sebab utama sertai Harimau Malaya. 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/TXuwIAuiw7— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 23, 2025
"Kami boleh bermimpi besar, tetapi kami mesti kekal merendah diri dan memahami ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Fokus kami adalah untuk menghubungkan dan menyatukan semua orang dalam bola sepak Malaysia, daripada FAM kepada peminat, dan membina pasukan ini selangkah demi selangkah," katanya.
Must-Watch Video