Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, mengesahkan dia akan mengadakan perbincangan bersama Alejandro Garnacho susulan reaksi pemain muda itu terus menuju ke terowong selepas dibawa keluar ketika berdepan Ipswich Town di Old Traffod, baru-baru ini.
Pemain berusia 20 tahun itu digantikan Noussair Mazraoui dua minit sebelum babak pertama berakhir selepas Patrick Dorgu diberikan kad merah.
Ketika ditanyakan mengenai reaksi berlebihan pemain itu, Amorim menjelaskan: "Saya akan bercakap (dengannya), sudah tentu, dengan Garnacho mengenai perkara itu. Saya akan menjelaskan tentang itu jika anda mahu dalam sidang akhbar akan datang," katanya.
Hubungan Garnacho dengan pengendali berusia 40 tahun itu menjadi hangat sejak dia digugurkan Disember lalu ketika kemenangan 2-1 berdepan Manchester City.
Pemain kebangsaan Argentina itu merupakan antara watak penting dalam menggerakkan jentera serangan ketika separuh pertama dengan perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 3-2 buat The Red Devils.
United akan meneruskan kempen Piala FA Inggeris berdepan Fulham Ahad ini sebelum berkunjung ke Reale Arena untuk membuat perhitungan bersama Real Sociedad dalam aksi Liga Eropah (UEL).

On to Sunday and another big Old Trafford matchday — see you then, Reds ?#MUFC pic.twitter.com/vQMSVpIC2h
— Manchester United (@ManUtd) February 27, 2025