Skip to main content

Bola Sepak

Satu sudah lepas, dua dalam proses. Kita doa sahajalah sempat jumpa Vietnam -- Presiden FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joehari-ayub.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Ayub, memberikan bayangan bahawa dua lagi pemain warisan akan menyertai Harimau Malaya tidak lama lagi.

Selain itu, badan induk itu juga kini sedang giat mencari lawan buat skuad kebangsaan sebagai persiapan melayani kunjungan Vietnam bagi aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jun depan.

"Satu pemain sudah lepas (proses dokumentasi), yang lain masih dalam proses. 

"Sempat bermain menentang Vietnam? Kita doa sahajalah. Satu sudah lepas, dua lagi masih dalam proses," katanya seperti yang dilaporkan Makan Bola.

Malaysia akan menentang Vietnam di SNBJ pada 10 Jun depan.
 

Advertisement

Must Watch Video