Skip to main content

Bola Sepak

Satu pasukan khas lancar siasatan penuh ke atas isu FAM-FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eaic.jpg
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bakal melancarkan siasatan menyeluruh terhadap skandal bola sepak negara membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berikutan isu dokumentasi. 

EAIC dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan penubuhan satu Pasukan Petugas Khas mengikut subseksyen 17(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] bagi menyiasat segala keperluan termasuk aspek integriti, tadbir urus dan pematuhan prosedur yang berkaitan dalam pengurusan serta pengesahan dokumen pemain-pemain berkenaan.

Pasukan Petugas Khas ini akan diketuai oleh Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham (Timbalan Pengerusi EAIC) bersama ahli-ahli Suruhanjaya iaitu Datuk Siti Zainab Omar, Datuk Seri Dr. Yusof Ismail dan Datuk Ong Lam Kiat serta pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Operasi EAIC.




Isnin lalu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak permohonan rayuan FAM dan mengekalkan hukuman selepas melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berhubung pemalsuan dokumen.

Kenyataan dalam laman web rasmi, Inside FIFA, juga memaklumkan bahawa FAM mempunyai tempoh sepuluh (10) hari untuk memohon 'motivated decision' dan selepas itu, pihak-pihak terbabit mempunyai 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Tujuh pemain warisan, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, digantung 12 bulan daripada sebarang aktivti bola sepak serta diperintahkan membayar denda sebanyak RM1,0411.55.

FAM juga diminta membayar penalti sebanyak RM1.8 juta kepada FIFA. 

EAIC memohon kerjasama penuh semua agensi dan pihak berkaitan sepanjang proses siasatan dijalankan memandangkan isu ini melibatkan kepentingan awam dan integriti negara di peringkat antarabangsa.
 
Football

50% OFF Nike Mercurial Superfly

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video