Skip to main content

Bola Sepak

Sathianathan tidak tangisi hilang Wan Zack

wan-zack-haikal-wan-noor.jpg
Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, tetap tenang selepas mengetahui pasukannya akan kehilangan tonggak baru mereka, Wan Zack Haikal Wan Noor, selama lapan bulan ekoran kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

Wan Zack ditimpa kecederaan itu sewaktu perlawanan pra-musim menentang pasukan dari Singapura, Home United, Selasa lalu.

Pengesahan terkini mendapati pemain itu ditimpa kecederaan ACL dan memerlukan tempoh sekurang-kurangnya lapan bulan untuk kembali pulih.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menggusarkan Sathianathan yang masih memiliki Syazwan Zainon dan Nurridzuan Abu Hassan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wan Zack itu di posisi sayap. 

"Kami tidak boleh menangisi kecederaan yang menimpa pemain itu.

"Walaupun dia penting terhadap pasukan ini, kami perlu menghormati pemain-pemain lain.

"Jika tidak, tiada gunanya kami memiliki 25 pemain dalam pasukan ini.

"Pemain-pemain lain perlu menyedari tanggungjawab mereka dan perlu membuktikan kredibiliti pasukan ini tanpa Wan Zack," katanya

Sathianathan, bagaimanapun, tetap berharap Wan Zack akan segera pulih selepas menjalani pembedahan dan kembali berkhidmat untuk membantu skuad Gergasi Merah itu dalam baki saingan musim ini.

Advertisement

Must Watch Video