Kapten Harimau Malaya, Dion Cools, berkongsikan persiapan skuad negara berada dalam keadaan baik dengan misi mara ke Piala Asia 2027 menjelang perlawanan pusingan ketiga, Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos malam ini.
Anak buah Peter Cklamovski akan turun di Stadium Nasional Laos tanpa tujuh tonggak Malaysia Abroad, namun akan diperkuatkan penggempur baru iaitu Jordan Mintah yang merupakan pemain naturalisasi kesembilan negara selepas Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Sergio Aguero, Lee Tuck, Romel Morales, Paulo Josue dan Endrick dos Santos.
"Persiapan pasukan berjalan lancar, kita juga sudah melihat segala aspek untuk berdepan lawan yang bukan calang-calang.
"Sasaran kami adalah untuk mara ke pentas Piala Asia sekali lagi." katanya.
Pemain Cerezo Osaka berusia 29 tahun itu telah mengumpul 35 kaps dan lima gol sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan.
Untuk rekod, dalam lima aksi terakhir menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan kali terakhir adalah dalam perlawanan persahabatan berakhir dengan menang 3-1 buat Harimau Malaya pada November lalu.
Klik Sini

Bersama Dalam Solidariti
Enamel pin Palestine ni simbol kecil dengan makna besar — tanda solidariti & harapan.
Klik Sini