Penyerang sensasi Selangor, Faisal Halim, berasakan fasa yang terpaksa ditempuhi dirinya untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik sangat mencabar dan penuh ranjau duri.
Pemain berusia 27 tahun itu turut menghadiahkan hatrik yang dilakarnya malam tadi ketika menewaskan Kelantan Darul Naim 7-0 buat penyokong Selangor.
Dia kembali mencipta jaringan selepas 447 hari bergelut untuk mendapatkan prestasi sebenar sejak peristiwa hitam dalam kariernya apabila menjadi mangsa simbahan asid tahun lalu.
"Pertama sekali saya bersyukur setelah sekian lama tidak jaringkan gol, yang Utama bukan gol tetapi prestasi untuk bangkit dalam saingan liga.
"Banyak fasa yang saya tempuhi dan sukar untuk saya, gol malam ini untuk penyokong Selangor dan pasukan.
Ketika ditanya mengenai tanggungjawab Kembali menyarung jersi Harimau Malaya, Faisal menjawab: "Sudah tentu rindu, hamper setahun tidak Bersama skuad negara.
"Saya tidak meletakkan harapan tinggi, tetapi jika layak Miki akan berikan yang terbaik. Jika belum Waktu, ia bukan keputusan untuk saya patah semangat tetapi untuk perbaiki diri.
"Saya juga tidak pasti jika saya layak bersama pasukan kebangsaan sekarang ataupun nanti, jika diberikan dalam masa terdekat ia merupakan cabaran besar untuk membantu pasukan." tambahnya.

Mickey ‘rindu’ nak sarung jersi kebangsaan? ????
— Faizal Bazari (@faizalbazario) March 9, 2025
Saksikan dlm Nadi Weekend malam ini 7.30 pm.
@ASTROARENA pic.twitter.com/ZuEyLwf4wN